Thursday, May 26, 2011

Nah!hamik








Langkah bersemangat bak panglima perang nak menguji pedang thundercats baru menuju ke kolej Bistari.(Dah kat kad pendaftaran ni dia tulis B39 KOLEJ KEDIAMAN BISTARI).Ramai bebudak len sepanjang jalan aku tengok begitu bersemangat macam nak pegi konvo plak.Ada mak bapak yang still tunggu anak nak yang sesetengah nampak muka ada gaya nak pegi Mogadishu.Tiba kat blog Bistari ,nampak sorang makcik tengah mengikat plastik sampah sambil terbongkok-bongkok.Yang pasti makcik ni bukanlah pengajar kat sini,kalau pengajar mesti dia tengah mengajar,ahahha.


Assalamualaikum.Waalaikummussalam.Errrr.makcik..ni blok bistari ka.Tu kek sano ada laie satu blok.Bistari jugak.Isy mana satu yang saya nak tuju ni.Tengok ekau punyo kek kunci tu la ..A ke B.HAh..B..rasa dah tgk kat kad tadi..lupa plak.Erm..timakasih naa makcik.Aku teruskan langkah menjejak awan.Kena naik tangga plak tu.Masa tengah menapak satu-persatu anak tangga,sempat lagi telinga aku menangkap bunyi hilaian ketawa yang agak menggila.Yang pasti aku masuk kolej medic..bukan kolej langsuir.Mata mula melilau mencari bilik B39.Aku sorang la kut orang pertama masuk bilik ni dulu.Senyap sunyi ja.Time kat bawah tadi punyala meriah macam tapak funfair.








Tepat kat depan pintu bilik,sengaja aku terus menguak pintu ke dalam.Sepasang mata milik makhluk bernama manusia hinggap tepat kat mata aku.Pemilik mata itu tersengih,sama seperti aku.Huh,teruk betul aku,,dah masuk baru bagi salam..tapi aku tak ada la gaya cam tetamu pun pasal ni bukan bilik individu pun."Awal sampai ek,family semua dah balik kut?"

Ha,depa semua balik dah pun,tinggai aku la dok nanti kat sini,nak tgk sapa nak jadi roommate aku.Ha,aku Yeop.Oo perak la naa.Yeop sekadar tersengih.Ang call aku cik Am,jiran negeri ang ni.Orang kedah.Ha.Chantekkkkk..satu geng walau bukan satu kapai.Yeop mengangguk lagi."Wei,time register tadi,aku tengok semua muka-muka jantan ja,tapi dok dengaq sat2 ada sora langsuir mengilai.Yeop menghala ke tingkap sambai melambai tangan padaku.Dari isyarat itu aku dapat mengagak yang ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama.Dalam fikiran,mustahillah yeop nak tunjukkan pagar untuk kami fly sekiranya berlaku apa2 'kecemasan dalam perut'time tengah lewat-lewat malam.Aku menghampiri yeop,tanpa diminta oleh yeop,aku cepat-cepat mengenyitkan mata kananku ke arahnya.Kami tersengih bersama.Aku menolak keluar tingkap bagi mendapatkan pandangan yang lebih jelas.Whoah..Kolej Kediaman Puteri.Blog Angsana F.Dekat betul dengan blok kami..kalau mata rasa kotor tu,melalui ruang tingkap ni la sesuai untuk kami dan puak-puak lain di blok ni nak cuci mata.
Lebih kurang dalam pukul 445 ,terdengar suara bergema melantun keluar entah dari pembesar suara mana pun aku tak pasti.Aku cuma pasti suara garau tu dapat didengari semua penghuni kolej ni."Semua para pelajar yang baru mendaftarkan diri pada hari ini,sila berkumpul di kolej Arif A pada jam 5.30 petang.Sila berpakaian sukan"."Baru nak letak kepala sat,ada plak program depa nak buat,takleh tunggu esok ja ka.Lusa ka."Aku sengaja mengatakan pada Yeop yang aku hendak tidur sekejap,padahal aku pasti Yeop amat maklum yang aku sebenarnya nak mengira keluasan blok angsana tu.Dalam kurungan,nak cuci mata,ahahaha."Semayang dulu wei,Am."
Suara garau itu menjerit lagi selepas setengah jam.Melalui bunyi tapakkasut yang berterusan di lantai luar koridor,aku dapat mengagak semua pelajar-pelajar berlari turun ke tempat yang dinyatakan tadi.Bunyi derapan kasut bertambah bingit tatkala ada suara yang mula mengira 'countdown time'.Aku dan Yeop turut serta dalam larian amal tidak rasmi tu turun ke bawah.Dalam hati aku berkira-kira sediri,alangkah baiknya semua blok kat sini ada eskulator,takperlu la aku dengan bebudak lain susah- susah berlari,biar ja kami bersantai sambil turun.Tatkala tiba kat lokasi yang diminta,suara dari makhluk yang kurang aneh itu terdengar lagi ,terjerit-jerit memanggil sesiapa saja yang terasa dan merasa dirinya baru menjuniorkan diri kat Kolej Medik ni.Walaupun dalam intonasi menjerit,suaranya tidaklah segarau sewaktu bercakap melalui corong pembesar suara tadi.Ramai yang telah beratur dalam beberapa barisan.Aku mula melajukan langkah apabila salah seorang dari makhluk yang tidak berada dalam barisan berkata"takde sape pun suruh korang datang kat Kolej ni,korang yang mintak sendiri,so,korang kena ikut peraturan,ikut undang-undang kat sini.Kalo korang rasa tak tahan dan nak balik,kitorang bagi peluang hari ini sahaja!"Suaranya agak keras,mungkin baru minum kopi o keras agaknya sebelum datang ke perhimpunan ni.Aku sebagai Ketua Biro,merangkap super senior korang akan mengorientasikan korang selama sepuluh hari bermula hari ini.Korang ingat orientasi kat sini dapat lepak-lepak,makan-makan,cuci mata kat belakang sana?"Huh.. terasa betul aku bila dia sebut cuci mata.Ada cctv ka kat bilik aku.Balik nanti aku nak ajak cik yeop check.
Orientasi?pekebendeyyynye.Berekreasi sambil pakai jam orient ka.Macam mana kalau junior- junior baru kat sini termasuk aku yang hanya mampu beli jam Casio ja.Super Senior kat depan kami memperkenalkan diri ,berserta tugasan dan jawatan masing-masing.Ada Biro Kebajikan,Pendidikan,Sukan,Agama dan entah apa algi aku pun dah lupa."untuk pengetahuan semua,kita akan mulakan aktiviti kita hari ni,dengan berjoging.Aku Ricky,ketua biro sukan yang akan mengawasi korang semua".Amboih nama,,,nickname kat IRC la tu,,haha muka melayu pure nama cam omputih."Aku nak sapa-sapa yang pernah mengalami kepatahan tulang,tolong datang depan".Yang kami semua patah hati kena beratur ramai-ramai sampai berpeluh peluh ni taknak dipanggil ke depan ka,belanja makan sate ka.Huh,kejam betui.Korang akan ikut aku ,ajk biro sukan akan mengiring korang naik ke atas,tempat untuk berjoging.Alamak,ni kes mendera ke apa ni,ni atas arahan dari atasan ka diorang ikut silibus sdn.bhd diorang ni.Masa buat pendaftaran tadi takdak plak yuran tahunan berkaitan dangan orientasi panjat bukit.Aku pasti bebudak len pun mempunyai interpretasi yang negatif terhadap fenomena yang terjadi petang ni.Korang nampak tak belakang sana ada trek untuk laluan berjoging naik ke atas.Jari telunjuk Ricky mengisyaratkan ke arah timur laut(ceewah..macam bahasa geografi la plak)Berapa jauh wei,,,ada orang jual karipap yang tiga singgit tak,itu soalan yang aku tujukan kat Yeop."Bukan takat karipap,nasik lemak,tosey,popia pun tentu takdak jual kat ataih.Aku mengangguk beberapa kali kerana amat bersetuju sepenuh jiwa raga dengan jawapan Yeop."Korang tau ke tak tau,aku tak dengar pun jawapan korang",Ricky Bertanya.Yala.mana kami tau..ic kami pun bukan ic kod kat sini.Lagipun kalau kami dah tau,tak perlulah kami susah- susah nak fokuskan mata nak tengok jari telunjuk yang dihalakan tadi tu.Semua tu dijawab dalam hati dengan penuh keyakinan.Kalau aku jawab lisan soalan tu,,mau aku kena pumping dengan siku kat tar 18 juta kali.Huh..ampunnnn.
Petang tu kami dilenjan secukupnya.Dah macam kem tentera aku rasa walaupun aku tak pernah lagi jejak ke kem tu.Huh,,,ni la dikatakan kerahan tenaga,semua peluh di badan diperah-perah keluar.bau jangan cakaplah...kalah mr bean masa sesat kat Perancis dulu tu.Bukit Gun atau dalam bahasa Melayu Bukit senapang menerima kami dengan rela tanpa ada larangan.Cuma kami yang merasai satu paksaan dari makhluk asing tu(dah memang terasing la,diorang naik motor,kami berlari).Dari belakang Ricky dan ajk lain bermotosikal menuruti kami semua.Permulaan berlari naik agak memberangsangkan dan amatlah sesuai kiranya pembuat iklan Handrek plas turut serta.Sepuluh minit berlalu ,larian makin perlahan disusuli bunyi derapan tapak kasut yang makin perlahan.Bingit enjin motosikal senior menderam dan menjerit menaiki trek tinggi tu mencetuskan ketawa kecil dia antara kami.HAHHA...dia naik moto Kriss buat macam naik Dinamik..tak reti tukaq gear kut.Aku rasa la yeop..aahaha.Tiba di atas dah ada beberapa orang yang sedang menunggu kami.Rupanya ada senior yang lebih awal tiba.Dalam berapa kaki(anggaran jarak..bukan bilangan kaki kami semua)sebelum tiba betul di kemuncak,semua jadi gempar.Dari suara yang datang dari arah belakang,ternyata ada seorang budak yang tergelincir.Dalam kegemparan itu juga,terdengar biro-biro tu bercakap."Budak ni haus kut"Aku pun tak pasti yang budak tu tergelincir disebabkan dirinya sendiri yang haus ataupun tapak kasutnya yang haus.Aku kurang mengerti.Dan kalaulah aku mahu mengerti sepenuhnya,perlu aku memohon jawatan Ketua kepada Ketua Biro dan berpeluang mendekati budak tu.Kalau tak dapat jadi ketua biro,dipelawa masuk jadi pemerhati kat Biro Tatanegara jadilah..ahaks!


-TAMAT EPISOD 1-

clan tepus,jangan lupa komen,ahakss!

3 comments:

  1. aku mcm kenal je mamat yeop 2.. hahahah. aku suspek la ang cik am... tabik springggg!!!!!!.. yeop machoman.

    ReplyDelete
  2. hahahaahah...jadi follower skali weyyy...miss u..ahahahaaha

    ReplyDelete